NAVIGATION

Wednesday, January 5, 2011

PTPTN - kenapa menghukum yg membayar?

Tersiksa, Masalah, Dugaan, Penyakit, Parah, Durjana etc .. macam2 perihal PTPTN yang difeedback oleh org masa tok. Bagi yang mengambilnya lamak dolok so menjadi masalah la masa tok. Bagi yang udah tauk perihal masalah yang ditimbulkan PTPTN, maka berhati2 dengan masalah tok.

Aku bersyukur masa aku memerlukan bantuan kewangan, tiba datang PTPTN menghulur bantuan. Memang dialu2kan la bantuan ya. Dari kerajaan lagi, maka terus la bersyukur dan terasa kerajaan membantu. Bagus Bagus bagus. Rendah jak interest, boleh boleh boleh bayar. Rm 152.40 jak sebulan. Murah dari mana2 loan la. BAgus. Klau ada rezeki lebih boleh bayar sekali gus. Ya la pemikiran masa ambik PTPTN. Uish nang bagus PTPTN la. Semua rakan2 pun ambik. Bagi yang cemerlang jak ambik biasiswa, dah cdak bagus n cemerlang. 

Lepas dari universiti, bukan sik mok bayar, tapi kerja lom dpt, kerja la macam2 yg ada. Kerja jadi kuli, jadi salesman, jadi tukan buat air di gerai, hmm sapa kata memilih kerja?? adala kata2 dibelakang, then baru la dpt kerja. Ambik I.T so kerja IT. Gaji? hahahahaha LEpasan Ijazah la, graduan fresh.. RM1K jak ok? tolak tolak tolak, dpt la rm886. Bole la, tapi ya kerja kalau masih diam di umah mak bapak la. makan minum mak bapak beli, api air bibayar. Bole la tolong sekali sekala. Sekali diam jauh dari tempat kerja. mcm mana? terpaksa la beli kereta paling murah, iaitu Perodua Kancil 2nd hand. Bole la, ada lah dalam rm360 sebulan. 

Aik, PTPTN? bayar bos, rm50 sebulan mampu la. Tapi masih tak lupa wooo PTPTN ba itu. then setahun kerja dpat la kerja yang pro sikit. Gaji pun naik, dpt la bayar penuh. Potong gaji lagi. BAyar cun. tak putus. Tapi satu masalah, Rupanya walaupun bayar kecil2an, dia tetap ada bunga, bunga itu tertunggak, sekarang jadi menggila. ari tu masa satu 2 tahun tak kasi tahu dia beranak itu macam. bila dah tahap mok muntah, baru la kasi tahu. even dah tambah bayar jadi rm200 sebulan la, sbb gaji dah naik sikit. tapi itu tertunggak menggila, mana saya mau bayar sekali?

Itu la mula merungut, apa la yg saya bayar selama ini? smpai bila la mau bayar ni? apa la jadi macam ni? kalau dia punya INDUK dpt byr abis pun kalau yg tertunggak itu naik semakin hari semakin naik, macam mana? damn, bila call itu number call center tak pernah nya ada org angkat. Itu la keluhan saya terhadap PTPTN. Buukan saya tak bayar , bayar. saya tahu ramai lagi yg tak bayar, kenapa saya menjadi org yg dihukum?  kenapa tak cari org yg tak bayar sehingga mereka bayar? damn.

No comments:

Post a Comment